Kisah Rama-Rama

“Kisah ini adalah mengenai seorang saintis
yang begitu asyik memerhatikan kepompong.
Didapatinya, si anak kupu- kupu nih susah payah
bergelut untuk keluar dari kepompongnya.Atas
rasa kasihan, si saintis tadi pun memotong bucu
kepompong untuk memudahkan anak kupu kupu
tadi keluar.
kepompong Pictures, Images and PhotosMaka, anak kupu-kupu itu pun merangkak
keluar. Kelihatan kepaknya kecut dan badannya
kecil.Saintis tersebut menunggu dengan harapan
kepak anak kupu-kupu tersebut akan
mengembang dan badannya akan
membesar,tetapi sangkaannya meleset sama
sekali. Kupu-kupu tersebut telah menjadi cacat
seumur hidup dah tidak mampu terbang di udara
seperti kupu-kupu yang lain.
ulat Pictures, Images and Photos

Apa yang tidak diketahui saintis tersebut,
pergelutan bagi kupu-kupu itu adalah satu
perencanaan Allah S.W.T agar cecair didalam
badannya mengalir ke seluruh kepak, lantas
mengembangkan kepaknya dan memperkukuhkan
binaannya. Begitu juga hidup kita,kekadang
pergelutan,perjuangan dan usaha gigih diperlukan
agar kita berjaya dan kuat dalam menempuh
kehidupan. Sekiranya Allah S.W.T memberikan
kehidupan tanpa perjuangan, pergelutan, dugaan
dan cabaran, nescaya setiap kita akan gagal
dalam kehidupannya. Kita akan menjadi cacat
seperti kupu-kupu tersebut...

Subhanallah......Ya Allah...Engkau Maha Agung..

Pengajaran di sini...kehidupan ini tidak semuanya indah namun kita perlu teruskan hidup demi menuju keredhaan Ilahi di akhirat nanti.....dengan itu,apapun yang terjadi jika kita selalu ingat tentang janji Allah kepada orang2 yang bersabar.....hidup ini akan menjadi LIFE IS BEAUTIFULbutterfly Pictures, Images and Photos

0 comments:

Post a Comment